MENEROBOS SEMPADAN DIRI...Dato' Dr Fadzilah Kamsah
Antara aktiviti ku & hubby di pg sabtu & ahad dolu2 suka sgt dgn segmen 'Motivasi Pagi' Oleh Fadzilah Kamsah ni.Kalau tak silap siaran di TV3 rasanya, sekarang ni ada lagi ke segmen tu? Aku pun tak pasti. Kekadang tu boleh gelak sorang2 dgn penerangan dan motivasi yg di berikan olehnya.Boleh dikatakan Dato salah sorang pakar motivasi yg sangat bersahaja tetapi amat memberi kesan pada pendengarnya...Biasa la suami isteri ni kekadang selalu bertekak je kerjanya, tapi bila teringat semula pesanan ringkasnya...dah ok balik..;-).
Kali ni nak diceritakan sedikit mengenai buku MENEROBOS SEMPADAN DIRI:
em, pernah tak terfikir apa yg menyebabkan diri kita tdk maju ke hadapan? Sudah pasti soklan ni pernah bermain di fikiran kita kan. Adakah anda akan menyalahkan diri sendir? Persekitaran ke? Minda kita ke? Sebenarnya ada beberapa sempadan yg menyebabkan kita jadi begitu dan semua sempadan ini diceritakan dgn lebih lanjut berserta ilustrasi menarik.
Tanpa kita sedari diri kita sebenarnya mampu mencapai 'keluarbiasaan' lebih dari apa yg kita sangkakan..Dalam buku ini juga diceritakan bagaimana cara kita nak tembusi 'sempadan' terutamanya antara diri kita dgn Maha Pencipta dan juga 'sempadan'2 yg lain.
Saya sangat syorkan buku ini di baca oleh rakan2 yg ingin merubah diri menjadi orang yang lebih berjaya!
Pokok pangkalnya ingatlah
"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah"
versi arab "Al-ilmu billa amal, ka assajar billa assthimar"
So moral of the story bila dapat sesuatu ilmu itu, jangan la lupa nak beramal dengannya! Tapi ilmu yg elok je lah yer..Wsalam...bertemu lagi di lain posting..
0 comments:
Post a Comment