STORMREADERS NETWORK

Perniagaan berangkaian (MLM) yang 100% patuhi Syariah-menjalankan perniagaan sambil menyebarkan ilmu ikon-ikon motivator & dakwah Malaysia, anda juga berpeluang memperolehi pendapatan sehingga RM 4,500 SETIAP MINGGU!

Semuanya boleh dilakukan hanya dari rumah!

SERTAI SAYA UNTUK MENJADI AHLI ATAU PENGEDAR BUKU KELUARAN TELAGA BIRU

SERTAI SAYA UNTUK MENJADI AHLI ATAU PENGEDAR BUKU KELUARAN TELAGA BIRU

Ya, saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut:

Full Name (nama penuh):
Email:
Phone no:
Interested in (berminat utk): Buy book(beli buku)
To be a member (jadi ahli)
To be as distributor(jadi rakan pengedar)
Message:

Antara buku-buku terlaris di pasaran

Interested to buy books, just click here:

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Monday, January 17, 2011

STRATEGI PERNIAGAAN

STRATEGI PERNIAGAAN

1.Menonjolkan kelebihan perniagaan rangkaian Stormreaders sebagai perniagaan rangkaian yang berlandaskan syariat Islam.

2.Model perniagaannya adalah berteraskan produk yang berkualiti dan berharga patut.

3.Memperkasakan sistem-sistem latihan dan kemudahan sokongan kepada setiap ahli, memastikan setiap ahli tidak ketinggalan dan tercicir. Motivasi ahli akan sentiasa dimantapkan agar berada pada tahap tertinggi sekaligus menyumbang kepada keyakinan diri yang tinggi.

4.Setiap ahli Stormreaders berada dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian, perjumpaan berkonsep musyawarah lebih kerap dilakukan bagi mewujudkan ukhuwah antara ahli.

5.Stormreaders secara dinamiknya akan mencari cara-cara yang inovatif dan kreatif untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang baru. Teknologi terkini seperti teknologi web dan teknologi mudah alih digunakan dengan sebaik mungkin serta pelan pemasaran dirangka supaya dapat menjana pendapatan yang paling optimum.

6.Tumpuan utama adalah kepada produk dan seterusnya pengembangan organisasi kumpulan. Oleh itu usaha yang gigih perlu dilakukan untuk menjaga kualiti dan kemantapan produk.

7.Memastikan bahawa setiap strategi dan perancangan Stormreaders tidak lari daripada tujuan asal, iaitu mewujudkan peluang perniagaan yang mampu dan mudah disertai, yang mematuhi syariat di samping mewujudkan masyarakat yang berilmu.

8.Memberi galakan untuk ahli agar lebih yakin bahawa pendapatan sehingga RM 4,500 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus sahaja) seminggu bukanlah jumlah pendapatan yang mustahil untuk dicapai.

9.Menyediakan pelan yang jelas dan kukuh tentang bagaimana ahli boleh menjana sehingga RM 4,500 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus sahaja) seminggu jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.

10.Menunjukkan skil kepimpinan dan pemasaran yang perlu untuk berjaya.

11.Mengajar ahli bagaimana melatih rakan-rakan kongsi mereka supaya melakukan kejayaan yang sama.



Tuesday, May 18, 2010

Minggu penuh dugaan

Salam semua, ingin berkongsi ape yg dah berlaku pada minggu terakhir sebelum suami balik dari umrah.Jumaat on 23 Apr 2010, demam teruk.Sakit tekak ni ,sampai doktor kata teruk sangat merahnya.Suara pun tak keluar.Bila Umi demam, kesian kat anak2 la.Tak terjaga jadinya, em, inilah dugaan namanya.So , bila kita diberikan sihat tubuh badan, tak de sakit semua tu, kita patut bersyukur....

Apapun ,anak-anak masih sihat lagi so kira ok lah tu.Aku patut bersyukur & redha, mudah-mudahan sakit ini dapat menghapuskan dosa-dosa ku yg lalu dan akan datang.Amin

Em , tak sabar nak update gambar2 umrah hasbend & mak & abah di blog ni...Tunggu...

Monday, April 19, 2010

Dialog anak Umi

Lokasi: Rumah ku Syurga ku
Masa: 17 Apr 2010,Saturday, 11.00 am

Aizat: " Umi, kenapa ayah tak balik lagi"?
Umi: "Ayah kan pergi Mekah"
Aizat:"Tapi......, kenapa lama sangat?.Kenapa sembahyang kat sana lama-lama.."
Umi termenung sekejap memikirkan jawapan yg sesuai.
Umi:"Abang.., Mekah tu jauh,kan ayah naik kapal terbang.Abang kan tengok ayah hari tu kan"
Aizat:"Tapi...ayah tu pergi lama sangat.Bila ayah nak balik?"
Umi: "minggu depan ayah balik"
Aizat:" Ala...tapi abang dah rindu kat ayah..."
Umi: "Yer, Umi tahu. Tapi abang kena tunggu ayah balik la yer.."
Aizat:"Nanti..abang nak tengok ayah naik atas semula".Apa maksudnya...Ooh, baru terfikir, hari tu Departure kat KLIA kan kena check in,kena naik escalator turun bawah....patut lah dia hope ayahnya naik atas semula...em, pandai Aizat berfikir...

Dialog dengan Zara pulak.
Umi: "Kakak, ayah mana?"
Zara:"takde", sambil memusing kan tangan tanda tiada.
Umi:'Ayah pergi mana kakak?"
Zara: "ayah gi auh...kapal terbang chor angat" jawab Zara dengan pelatnya. Nasib baik Umi faham ape kakak cakap...Ayah pergi jauh,naik kapal terbang besar sangat.

Umi:"Kakak nak jumpa ayah tak"
Zara:"Nak, atak nak uper ayah" balas nya lagi....

Begitulah ragam Aizat dan Zara sewaktu ketiadaan ayahnya.Tiap hari Umi perlu banyak bersabar dlm menjaga anak-anak Umi sewaktu ayah nya tiada,mana tak nyer.Zara & Aizat suka sangat mencetuskan konflik & disusuli pergaduhan yg membuatkan Umi pening kepala nak leraikan /hentikan pergaduhan diaorg ni....Nasib baik la Allah masih berikan Umi kekuatan mental & fizikal serta kesabaran yg kekadang tu memang hilang! Time hilang nye sabar, apa lagi kena piap la bebudak ni....Bkn apa, nak ajar diaorg agar jgn bergaduh lagi...main sama-sama....tapi nama pon budak, baik nye kejap jer, pastu berebut mainan pulak....Aduh, Pening sungguh kepala Umi dibuatnya, dengan nak layan adik Aghib lagi...Itu lah cabaran yg Umi kena terima dengan Redha dalam menjaga & mendidik anak2 Umi.

Apa pun tu semua lumrah kehidupan dalam mendidik anak2.Umi menaruh harapan dan percaya, suatu hari nanti,anak2 Umi akan menjadi org yg cemerlang dunia & Akhirat.Penat lelah Umi pergi kerja , pagi2 lagi dah tinggalkan anak kesayangan Umi di tgn pengasuh. Tghari call pengasuh bertanyakan hal nak2.Balik kerja bawa anak2 main sekejap kat luar rumah (outdoor act.) ,pastu nak kena masak apa yg patut,suap anak2 makan, ajar Aizat mengaji, basuh pinggan, layan Aizat&Zara baca buku sambil main sekolah2...layan Aghib main...last sekali tidokan anak2 Umi....Baru dapat rest sikit, itu pun selalu nya Umi pun dah lelap sama...Penat nya rasa badan ni,tp walau apa pun,umi te

Sunday, April 18, 2010

Koleksi Buku

Koleksi Buku
Kali ini ingin dikongsi bersama anda sebahagian dari koleksi buku-buku yg hebat ni. Rasanya tak rugi kalau kita mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membeli buku! Ya lah kita tak rasa sayang pun sewaktu mengeluarkan duit untuk beli rokok,tengok wayang malah untuk duit top-up..Kalau duit itu digunakan utk mendapatkan buku yg bermanfaat, alangkah bergunanya.Bukan saja anda yg dapat menimba ilmu,malah buku2 ini boleh dihadiahkan pada anak2 anda serta ahli keluarga yg lain sebagai panduan mereka kelak.


Banyak betul koleksi buku2 bermutu yg pasti anda ingin miliki.Saya akan berkongsi disini byk petua-petua & petikan menarik dr buku-buku pilihan di posting akan datang...Salam

Monday, April 12, 2010

Pengedar buku Stormreaders Online

Pengenalan Stormreaders

Storm Readers - MLM 100% Syariah compliant!
Stormreaders Network merupakan sebuah anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari http://www.stormreaders.com.my/



Potensi pendapatan ahli dan bonus
Menjadi Ahli

Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk:
Kit Permulaan Perniagaan = RM30
Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
  • Insuran Takaful RM20,000
  • Khairat Kematian RM3,000
Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)

 1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.


2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).

3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan.

Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal.
Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan“Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.

Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari:

  • 2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi

Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.

  • 2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) – Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi.
Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.

3. Menjadi Pengedar

Ahli boleh maju kepada peringkat ‘Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi terkumpul yang bernilai 100 mata (RM300).
Syariah: Tiada masalah dari sudut hukum kerana penganugerahan ini datang dari pihak syarikat sejurus ahli mencapai tahap yang ditentukan. Oleh kerana gelaran ini datang dengan sedikit kelebihan tambahan, ia didasari oleh aqad Hibah. Pembelian peribadi yang disyaratkan juga tiada bermasalah kerana ia adalah pembelian aset sebenar (iaitu produk buku dan lain-lain), dan pembelian peribadi ini tidak diikat dengan sebarang syarat lain yang bertentangan dengan sifat aqad jual beli (Muqtada al-Aqd)

  • 3.1. 5% Komisyen jualan peribadi di dalam rangkaian (direct sponsor)
Syariah: Didasari oleh aqad Hibah dari satu pihak, tiada sebarang masalah dari perspektif Syariah.

  • 3.2. 10% Bonus ‘overriding’ e-Store tajaan peribadi (dengan syarat jualan minima e-Store peribadi mencapai RM500 setiap bulan).

Syariah: Aqad digunakan adalah Hibah Bi Syarti Iwad. Iaitu hadiah dengan syarat pencapaian satu kerja sebagai timbal.

Janji Hibahnya berlaku adalah apabila pihak syarikat menjanjikan hadiah bernilai 10 % dari harga jualan e-Store peserta yang berada di dalam kumpulannya, syarat pencapaian sebagai timbalan adalah pihak syarikat mengenakan syarat RM500 jualan sendiri pada bulan tersebut. Aqad ini juga boleh ditakyif sebagai jualah iaitu :-
Syarikat menawarkan 10% dari nilai jualan kumpulan di bawah seseorang peserta apabila peserta dan kumpulan di bawah berjaya mencapai satu target jualan. Aqad seperti ini juga harus di sisi Islam.

  • 3.3. 5% Bonus ‘overriding’ jualan kumpulan rangkaian sehingga jumlah maksima RM4500 seminggu atau 25% daripada jumlah jualan harian kumpulan (dengan syarat membina sekurang-kurangnya 3 kumpulan dengan 100 mata setiap kumpulan).
Syariah: 5% ini dianugerahkan oleh pihak syarikat dengan target pencapaian jualan dan pembinaan kumpulan. Justeru ia sekali lagi dibina atas aqad Jualah.
  • 3.4. 3% Bonus jualan rangkaian global GNRSV – Perkongsian daripada 3% jumlah jualan rangkaian global dengan jumlah perkongsian bergantung kepada tahap pencapaian.
Syariah: 3% ini dianugerahkan oleh syarikat sebagai tambahan pendapatan ahli. Ia di dasari oleh Hibah.

4. Menjadi Pemimpin

Pengedar dan juga ahli-ahli di dalam kumpulannya perlulah membuat JUALAN PERIBADI bulanan minima 20 mata (RM60) masing-masing untuk terus menikmati komisyen dan bonus rangkaian.

Syariah: Terma ini juga harus di sisi Syariah dan ia didasari oleh aqad Ju’alah sama seperti sebelum ini. Yang mana, jualan peribadi dan ahli dijadikan sebagai prestasi atau target yang perlu dicapai bagi membolehkan pengedar dan ahli dalam kumpulan unutk menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Dalam konteks ini, komisyen dan bonus rangkaian menjadi imbuhanJu’alah.

Hasil prestasi jualan bulanan ini juga akan memberikan bonus tambahan kepada pengedar dan kumpulan rangkaian seperti berikut:
  • 4.1. 5% Bonus kesetiaan kumpulan sehingga kepada tahap maksima mengikut tahap pencapaian atau pangkat.
Syariah: Ia terbina dari aqad Hibah oleh pihak syarikat kepada ahli yang dirasakan layak dan menepati kriteria tertentu.
  • 4.2. 5% Bonus kesetiaan kumpulan global (GNMSV) – Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).
Syariah: Ia terbina dari aqad janji HIBAH yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tiada masalah syariah dalam perkara ini.
  • 4.3. Tabung Umrah & Pelancongan (Simpanan dari Perkongsian 2% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).
Syariah: Ia juga adalah dari jenis Hibah Mutlaqah oleh pihak syarikat.

Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan kami jalankan demi memastikan perjalanan bisnes ini menepati hukum Islam.

Demikian ringkasan kajian kami dan pihak kami sentiasa mengalukan komentar membina dari pelbagai pihak lain sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas dari semakan dan pemerhatian kami.

Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas plan atau salahlaku mana-mana individu dari syarikat atau ahli dalam menjalan aplikasi plan dan bisnes ini, atau apa jua perubahan yang dilakukan di luar pengetahuan kami.

Wallahu’alam. Sekian.
Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed
Penasihat Syariah
Stormreaders Network Sdn Bhd
13 Ramadhan 1430H
Produk-produk

Produknya adalah buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd termasuklah hasil penulisan  Dato Fadzilah Kamsah, Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin dan Irfan Khairi ramai lagi. So, boleh dikatakan, bahan-bahan ilmiah yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi.

Ringkasan pelan pemasaran

Stormreaders boleh dijalankan 100% secara online kerana peserta akan diberi e-store untuk menjual buku/mendapatkan downline melalui Internet.
  
So, anda berminat untuk sertai saya? Sila hantarkan maklumat berikut kepada saya (aldina06@gmail.com  atau 016-2211201) bagi memudahkan saya menghubungi anda:
  • Nama:
  • Contact no:
  • Alamat tetap:
  •  email add:

Thursday, April 8, 2010

MENEROBOS SEMPADAN DIRI...Dato' Dr Fadzilah Kamsah


Antara aktiviti ku & hubby di pg sabtu & ahad dolu2 suka sgt dgn segmen 'Motivasi Pagi' Oleh Fadzilah Kamsah ni.Kalau tak silap siaran di TV3 rasanya, sekarang ni ada lagi ke segmen tu? Aku pun tak pasti. Kekadang tu boleh gelak sorang2 dgn penerangan dan motivasi yg di berikan olehnya.Boleh dikatakan Dato salah sorang pakar motivasi yg sangat bersahaja tetapi amat memberi kesan pada pendengarnya...Biasa la suami isteri ni kekadang selalu bertekak je kerjanya, tapi bila teringat semula pesanan ringkasnya...dah ok balik..;-).

Kali ni nak diceritakan sedikit mengenai buku MENEROBOS SEMPADAN DIRI:
em, pernah tak terfikir apa yg menyebabkan diri kita tdk maju ke hadapan? Sudah pasti soklan ni pernah bermain di fikiran kita kan. Adakah anda akan menyalahkan diri sendir? Persekitaran ke? Minda kita ke? Sebenarnya ada beberapa sempadan yg menyebabkan kita jadi begitu dan semua sempadan ini diceritakan dgn lebih lanjut berserta ilustrasi menarik.

Tanpa kita sedari diri kita sebenarnya mampu mencapai 'keluarbiasaan' lebih dari apa yg kita sangkakan..Dalam buku ini juga diceritakan bagaimana cara kita nak tembusi 'sempadan' terutamanya antara diri kita dgn Maha Pencipta dan juga 'sempadan'2 yg lain.

Saya sangat syorkan buku ini di baca oleh rakan2 yg ingin merubah diri menjadi orang yang lebih berjaya!
Pokok pangkalnya ingatlah

                                  "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah"
versi arab "Al-ilmu billa amal, ka assajar billa assthimar"

So moral of the story bila dapat sesuatu ilmu itu, jangan la lupa nak beramal dengannya! Tapi ilmu yg elok je lah yer..Wsalam...bertemu lagi di lain posting..